Sunday, 6 January 2013

Mengimbau kenangan lalu..

Assalamualaikum...

Terharu sekali hari ini, menjejak kaki ke sekolah menengah yang banyak sekali menyimpan seribu kenangan pahit manis yang pastinya sentiasa terpahat di minda sampai bila bila. Sekolah yang banyak mengajar erti kehidupan, persahabatan dan sudah tentunya tempat menimba ilmu dunia dan akhirat. Rasa amat bersyukur walaupun hanya 3 tahun di sana.

Hari ini aku kembali ke sana sebagai 'senior' atau kakak, atau mungkin 'auntie' mmemandangkan pelajar pelajar itu hampir sebaya anak sulungku. Memberi ceramah 'perjalanan hidup seorang doktor' atas jemputan Ustazah kesayangan Serata-Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh memang mengimbau kenangan zaman persekolahan yang telah 25 tahun ku tinggalkan.

Kepada adik-adik SERATA, hargai dan ambillah segala peluang menimba  ilmu disini  kerana selepas ini mungkin kita tak akan bertemu keadaan atau persekitaran seperti di SERATA.

Jika ada di antara adik-adik atau rakan-rakan ex-SERATAIAN yang ingin memberi nasihat, pandangan atau motivasi kepada adik- adik kita, dipersilakan.

Moga berjumpa lagi....Wassalam.
 

No comments:

Post a Comment