Tuesday, 8 January 2013

KESIHATAN MATA 2

LIKU LIKU KEHIDUPAN SEORANG DOKTOR:



ARTIKEL : KATARAK


Apakah Katarak?

Katarak a...
: ARTIKEL : KATARAK Apakah Katarak? Katarak atau selaput mata seringkali dikaitkan dengan peningkatan usia, di mana mata yang dahulun...





ARTIKEL : KATARAK


Apakah Katarak?

Katarak atau selaput mata seringkali dikaitkan dengan peningkatan usia, di mana mata yang dahulunya terang menjadi semakin kabur dan kelam. Katarak terjadi apabila kanta mata yang jernih dan lutsinar berubah menjadi semakin keruh dan legap. Pada peringkat awal atau permulaan proses ini mungkin tiada tanda yang nyata dan aktiviti harian masih belum terganggu, sehinggalah lama kelamaan penglihatan semakin kabur, terutamanya diwaktu malam atau dalam keadaan suram yang semestinya menjejaskan aktiviti seharian.

Antara simptom atau tanda berlakunya katarak adalah kesukaran memandu di waktu malam dengan gangguan cahaya silau, sering bertukar cermin mata, imej yang dilihat berlapis atau bertindih, selain itu mata mungkin sering berasa letih dan berair.








Apakah Penyebab Berlakunya Katarak?

Usia adalah faktor utama dalam pembentukan katarak, Dengan peningkatan usia, fungsi badan manusia akan merosot secara perlahan, salah satu organ atau pancaindera yang terjejas fungsinya adalah mata.

Buat masa ini, tiada ubat atau teknologi yang boleh mencegah berlakunya katarak. Namun begitu, amalan pemakanan dan cara hidup sihat mungkin boleh melambatkan proses pembentukan katarak ini.

Selain faktor usia, antara penyebab lain katarak adalah kecederaan samada dari objek tumpul atau tajam, pengambilan ubat-ubatan seperti steroid (yang mungkin terdapat dalam ubat tradisional atau jamu), dan tidak terkecuali penyakit seperti kencing manis dan radang mata.


Bayi yang baru lahir juga boleh menghidap katarak dan penyebab utamanya adalah jangkitan kuman sewaktu dalam kandungan.


Bolehkah Katarak Dirawat?






Buat masa ini katarak hanya boleh dirawat dengan kaedah pembedahan. Pembedahan yang dimaksudkan adalah melibatkan pengeluaran katarak dan digantikan dengan kanta yang jernih dan lutsinar. Teknologi pembedahan katarak telah berkembang dengan pantas dan buat masa ini ia merupakan pembedahan paling selamat dan mudah dilakukan. Pesakit boleh melihat dengan jelas dalam masa yang singkat dan aktiviti biasa boleh dimulakan secepat mungkin. Dewasa ini, pesakit juga diberi pilihan samada masih mahu memakai cermin mata atau bebas daripadanya selepas pembedahan katarak. Ini adalah kerana terdapat beberapa jenis kanta tiruan yang boleh menepati gaya hidup seseorang pesakit itu.





Bagaimana Cara Mengesan Katarak?

Selain dari mereka yang mempunyai simptom atau golongan berisiko seperti diatas, setiap individu adalah digalakkan membuat pemeriksaan mata seawal usia 40 tahun,
 Pemeriksaan awal bukan hanya boleh mengesan katarak tetapi juga penyakit mata yang lain seperti glaukoma, yang jika dikesan pada peringkat awal boleh mengelakkan kebutaan.



Berjumpa dengan Pakar Mata anda untuk pemeriksaan lanjut!



MACAM-MACAM PENYAKIT SEKARANG NI.


Apakah Punca Penyakit Pada Zaman Ini?
Saya ingin berkongsi maklumat dan pengetahuan berkenaan pelbagai punca penyakit di masa kini, bukan hanya pada golongan berusia tetapi juga mereka yang masih muda belia.

Apakah puncanya?

Pernah tak dengar 'radikal bebas' ? Hmm..mungkin ada yang pernah dengar kan?
Ok..sebelum itu saya ingin menerangkan tentang struktur sel dalam badan kita. Sel-sel ini mempunyai 'elektron' pada permukaannya untuk kestabilan sel itu sendiri. Sel-sel yang tidak stabil menyebabkan puncanya kemusnahan sel itu seterusnya kemusnahan sel-sel yang berdekatan dengannya (chain reaction).

Bagaimana sel-sel ini menjadi tidak stabil?
Ini adalah kerana pembebasan 'elektron' pada permukaan sel tadi. Ini terjadi kerana banyak faktor:
1) Pencemaran dari asap rokok, kilang, kenderaan
2) Sinaran radiasi dari X Ray, matahari yang terlalu kuat dan terdedah pada masa yang lama.




3) Proses keradangan atau jangkitan pada sel darah
4) Proses peningkatan usia yang melemahkan sel-sel dalam sesuatu organ

Kesannya?


Seperti rajah dibawah:




Seperti yang kita dapat lihat, kesannya melibatkan semua organ penting dalaman yang menyebabkan penyakit-penyakit seperti:
1) Darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, angin ahmar atau stroke
2) Asma, radang paru-paru dan resdung
3) Radang sendi menyebabkan sukar bergerak dan melakukan aktiviti harian
4) Penyakit Parkinson dan Alzheimer atau 'nyanyuk'- lemah daya ingatan
5) Penyakit sistem penghadaman menyebabkan radang usus, sembelit, usus yang sensitif dan buasir
6) Radang kulit seperti psoariasis, allergy kulit yang berpanjangan
7) Pelbagai jenis kanser- radikal bebas memang diketahui PENYEBAB UTAMA KANSER
8) Pembentukan selaput mata atau 'katarak', 'Age Related Macula Degeneration' (AMD) - retina menjadi lemah dan boleh menyebabkan kebutaan
9) Selalu letih dan kurang konsentrasi

Hmm...banyaknya keburukan radikal bebas ni ya!

Cara mengatasi
Jauhkan diri dari semua punca diatas dan amalkan cara hidup sihat

Senang ke nak elakkan segala jenis asap, sinar matahari dan radiasi seperti di atas? Macamana dengan anak-anak kita?
Memang bukan mudah dan kurang praktikal. Ada ke masa kita bersenam selalu? Berapa banyak sayur dan buah-buahan yang dapat atau perlu kita ambil sehari untuk menentang pembentukan radikal bebas ni?

Artikel ini saya tulis untuk memberi pengetahuan kepada anda dan mengingatkan diri saya sendiri. Pengalaman 15 tahun sebagai seorang doktor banyak membuka mata saya tentang pelbagai penyakit ini. Amat menyedihkan kerana ubat- ubatan hanya boleh mengawal tetapi bukan untuk menyembuh. Bagaimana dengan kos ubat-ubatan? Kesan ubat kepada organ dalaman contohnya hati dan buah pinggang? Masa yang dihabiskan di hospital?

Memang banyak persoalan di sini.


Nasihat saya HARGAILAH KESIHATAN DIRI DAN ORANG TERSAYANG DI SEKELILING KITA.

INGATLAH- MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Berjumpa lagi. Terima kasih.





Monday, 7 January 2013





Bila usia meningkat...

Memang diketahui umum, peningkatan usia membawa kepada beberapa perubahan

pada kita bukan sahaja luaran tetapi juga semua organ dan tisu dalaman.

Realiti...memang tidak boleh dihentikan . TETAPI kita boleh berusaha melambatkan

proses ini dengan mengamalkan apa yang dicanangkan seluruh negara buat masa

ini- 'KEMPEN CARA HIDUP SIHAT'.  Apa itu 'kempen cara hidup sihat'? Hampir

semua orang tahu kan? Makan banyak sayur dan buah-buahan, bersenam,

kurangkan makanan manis dan berlemak, kurangkan stress, jangan merokok dan

jauhi minuman alkohol, tidur yang mencukupi...dan beberapa lagi perkara

yang kalau difikirkan, ramai yang tak  termampu melakukannya. Maka, ramailah

antara kita mengalami 'sindrom penyakit  zaman moden' atau penyakit '3 serangkai'

dan kajian yang dijalankan baru baru ini  ada menyebut 1 dari 3 rakyat Malaysia

mengalami masalah berat badan  berlebihan atau 'obes'. Satu statistik yang

mengejutkan!  

Bagaimana dengan mata? Biarlah saya bercerita tentang perkara dalam

 bidang kepakaran saya. Mata juga tak terlepas  dari masalah perubahan usia ini,

antaranya katarak /selaput mata, glaukoma, rabun dekat, 'stroke' dalam salur darah mata 

dan masalah makula  berkaitan usia (age related macula degeneration -AMD).  Disinilah

 pentingnya peranan antioksida terutamanya 'Lutein dan Xanthein', yang memang terbukti 

dari kajian saintifik boleh mengurangkan risiko AMD dikalangan mereka yang berumur 50 

tahun ke atas. Jadi, apa tunggu lagi, bersedialah dari  awal, seawal umur 30-40 tahun

 untuk memastikan mata kita kekal terang dan berfungsi hingga ke hujung usia. `Dapatkan

 pemeriksaan berkala dan pastikan kita mendapat khasiat vitamin, mineral dan nutrian yang 

mencukupi  bukan sahaja untuk kesihatan mata tetapi kesihatan keseluruhan amnya.


Hingga bertemu lagi. Salam hormat.

Posted by DR.UMMI KALSOM MOHD ALI


Sunday, 6 January 2013

At some point in life you have to face your fears, and head on even though you can’t be sure of the outcome. A great deal of people will never reach their dreams and it won’t have anything to do with their ability or skill set. They won’t reach their dreams because they were too afraid to try.” - Eric Thomas