Monday, 7 January 2013





Bila usia meningkat...

Memang diketahui umum, peningkatan usia membawa kepada beberapa perubahan

pada kita bukan sahaja luaran tetapi juga semua organ dan tisu dalaman.

Realiti...memang tidak boleh dihentikan . TETAPI kita boleh berusaha melambatkan

proses ini dengan mengamalkan apa yang dicanangkan seluruh negara buat masa

ini- 'KEMPEN CARA HIDUP SIHAT'.  Apa itu 'kempen cara hidup sihat'? Hampir

semua orang tahu kan? Makan banyak sayur dan buah-buahan, bersenam,

kurangkan makanan manis dan berlemak, kurangkan stress, jangan merokok dan

jauhi minuman alkohol, tidur yang mencukupi...dan beberapa lagi perkara

yang kalau difikirkan, ramai yang tak  termampu melakukannya. Maka, ramailah

antara kita mengalami 'sindrom penyakit  zaman moden' atau penyakit '3 serangkai'

dan kajian yang dijalankan baru baru ini  ada menyebut 1 dari 3 rakyat Malaysia

mengalami masalah berat badan  berlebihan atau 'obes'. Satu statistik yang

mengejutkan!  

Bagaimana dengan mata? Biarlah saya bercerita tentang perkara dalam

 bidang kepakaran saya. Mata juga tak terlepas  dari masalah perubahan usia ini,

antaranya katarak /selaput mata, glaukoma, rabun dekat, 'stroke' dalam salur darah mata 

dan masalah makula  berkaitan usia (age related macula degeneration -AMD).  Disinilah

 pentingnya peranan antioksida terutamanya 'Lutein dan Xanthein', yang memang terbukti 

dari kajian saintifik boleh mengurangkan risiko AMD dikalangan mereka yang berumur 50 

tahun ke atas. Jadi, apa tunggu lagi, bersedialah dari  awal, seawal umur 30-40 tahun

 untuk memastikan mata kita kekal terang dan berfungsi hingga ke hujung usia. `Dapatkan

 pemeriksaan berkala dan pastikan kita mendapat khasiat vitamin, mineral dan nutrian yang 

mencukupi  bukan sahaja untuk kesihatan mata tetapi kesihatan keseluruhan amnya.


Hingga bertemu lagi. Salam hormat.

Posted by DR.UMMI KALSOM MOHD ALI


No comments:

Post a Comment